Kesimpulan bagi topik yang di bincangkan 'Isu-isu negatif perkauman di Malaysia' , kita dapat lihat di Malaysia pelbagai masalah timbul di kalangan masyarakat kerana tidak ada persepakatan yang baik di kalangan kaum. Di Malaysia terdapat pelbagai etnik, antaranya Melayu, Cina dan India. Masyarakat di Malaysia kurang memupuk semangat suasana hormani di antara kaum. Apabila tiada kerjasama dari semua pihak, matlamat tidak akan dicapai menerusi masyarakat di negara ini. Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan etnik. Persoalan hubungan etnik, perpaduan dan integrasi amat penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya pembangunan negara berjalan rancak tanpa sebarang gangguan. Perpaduan dan Integrasi penting supaya tenaga negara dapat disalurkan kepada memajukan negara daripada digunakan untuk menyelelsaikan masalah yang wujud daripada kepelbagaian etnik. Keamanan negara ini sangat penting dalam usaha negara ini menginjak menjadi sebuah negara maju menjelang tahnun 2020. Antara faktor utama kejayaan ini boleh dicapai ialah melalui situasai keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin atau tidak boleh dikompromi oleh sebarang faktor lain. Kita mestilah mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya dapat dicapai jika semua rakyat bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota masyarakat apabila bersua muka. Saya berharap masyarakat dapat membendung gejala negatif antara kaum ini supaya negara lebih aman pada masa akan datang dan akan terus maju dengan jayanya.
No comments:
Post a Comment