Sunday, 1 October 2017

Muka Hadapan





Isu-isu negatif perkauman di Malaysia perlu dibendung oleh masyarakat

Nama Pensyarah: ENCIK MARZUKI BIN SEPIAAIL

Nama Ahli Kumpulan:
Muhamad Hafiz Bin Samsol 
(15DTK15F1042)

Muhammad Izzat Haziq Bin Osman 
(15DTK15F1030)

Tan Ti Ming
( 15DTK15F1026)

Muhammad Akmal Bin Abd Aziz
(15DTK15F1027)

Muhammad Qayyum Bin Ahmad Sufian
(15DTK15F1009)

Muhammad Yusri Izwan Bin Ahmad Khalidi
(15DTK15F1012)

SESI JUN 2017
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK


Isi Kandungan

Pengenalan dan Objektif

Punca-punca masalah perkauman di negara ini

Topik 1: Cara-cara penyelesaian isu perkauman melalui individu
             - 1.1 Amalan bersikap Kekitaan antara masyarakat .
             - 1.2 Menanam sifat Setia dan cinta akan Negara dalam diri kita
   
Topik 2: Cara-cara penyelesaian isu perkauman melalui masyarakat
              - 2.1 Saranan dan pengaruh daripada ibubapa
              - 2.2 Menjadikan guru sebagai agen penyemai perpaduan kaum
              - 2.3 Menyemai sikap perpaduan antara kaum

Topik 3: Cara-cara penyelesaian isu perkauman melalui negara
              - 3.1 Memperbaiki dasar pendidikan negara untuk membangunkan ekonomi kaum
          - 3.2 Menjadikan aktiviti sukan sebagai agen pengerat hubungan antara etnik
              - 3.3 Media massa memberi pendedehan kebudayaan dalam pelbagai etnik
              - 3.4 Menjadikan rukun negara sebagai panduan

Kesimpulan

Rujukan

Lampiran



Objektif dan Pengenalan

Pengenalan


          Negara kita adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum yang terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Ia merupakan masyarakat majmuk yang aman dan bebas besuara untuk meluahkan pendapat. namun bergitu, apabila mumpuyai yang berbeza latar berlakang berinteraksi antara satu sama lain di tempat kerja, sekolah dan suasana sosial, preselisihan faham dan pertengkaran kecil mungkin berlaku. Malangnya, di sebabkan hal-hal ini kadangkala ditafsirkan sebagai sesuatu yang didorong oleh isu perkauman atau agama. Apabila emosi menjadi tidak terkawal, maka konflik sedemikian boleh memburukkan lagi perbezaan dari segi kepercayaan, amalan agama serta budaya. Sekiranya konflik itu tidak diuruskan dan diselesaikan dengan baik, pertikaian sedemikian boleh menjadi semakin rumit dan mampu memecah-belahkan kesejahteraan dalam kehidupan masyarakat majmuk. Ini mendorong kepada perkauman diantara masyarakat kita

          Isu-isu perkauman ini dapat mengugat keamanan disebuah negara kerana memecahkan perpaduan dan kesepakatan diantara masyarakat di negara ini. Ini boleh menwujudkan huru hara dan ancam keteraman awam. kita perlulah bekerjasama untuk menggubah permikiran masyarakat akan sikap perkauman ini.


Objektif

  1. Memupuk semangat patriotisme dalam diri sendiri dan juga dikalangan generasi muda melalui kajian ini.
  2. Menyenaraikan faktor-faktor yang menyumbang kepada mengukuh perpaduan kaum.
  3. Menghuraikan cabaran dan halangan dalam usaha mengekalkan perpaduan kaum di negara ini.

Punca-punca masalah perkauman di negara ini.



          Antara punca-punca yang telah menyebabkan berlakunya perpecahan kaum di Malaysia adalah jenayah antara kaum yang telah membangkitkan kemarahan kaum-kaum tertentu. Sebagai contoh, baru-baru ini kita digemparkan dengan kes kehilangan dan kematian membabitkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain memang agak mengejutkan.Pembunuhan ini dikatakan bermotifkan hal berkaitan kewangan yang mungkin berkaitan masalah persaingan, hutang atau mungkin juga melibatkan perjanjian-perjanjian tertentu dalam perniagaan. Ini adalah kerana berdasarkan ape yang telah diketahui suspek yang terlibat juga dari kaum lain, iaitu warga India dan bukan sahaja Melayu. Keadaan ini telah menimbulkan tanggapan bahawa malasah perpaduan kaum juga telah menyebabkan pembunuhan kejam ini. Ini mugkin disebabkan oleh sifat hasad dengki yang ade pada seseorang. Oleh itu, ini telah membuktikan jenayah juga menjadi punca kepada masalah perkauman.

          Selain itu, propaganda perkauman di laman sosial seperti facebook, myspace dan tagged juga merupakan salah satu punca yang telah menyebabkan berlakunya perpecahan kaum diMalaysia. Seperti yang diketahui laman social ini banyak menjadi tumpuan oleh banyak golongan dewasa ini, bukan sahaja golongan remaja tetapi dari semua golongan. Apabila disebarkan propaganda perkauman melalui laman ini, ia akan menimbulkan tidak puas hati dan kemarahan antara golongan-golongan tertentu sama ada Melayu, Cina atau India. Ini adalahkerana propanganda mengenai perpaduan kaum adalah sangat sensitif dan tidak wajar diutarakan.

          Akhir sekali, politik negara juga merupakan salah satu punca perpecahan kaum di Malaysia.Perpaduan diperlukan dalam politik kerana politik boleh membela nasib rakyat negara ini.Perpecahan yang wujud dalam sistem politik atau pentadbiran negara boleh menggugat keamanan negara pada jangka masa panjang. Parti politik di negara ini perlu dikurangkan kerana ia antara punca perpecahan berlaku dalam masyarakat, kata Senator Tan Sri Dr Jins Samsuddin.Katanya, negara ini mempunyai 19 parti politik dan ianya perlu dikurangkan kerana tidak selaridengan populasi 27 juta penduduk selain menyukarkan agenda penyatuan masyarakat. Selain itu,konsep perpaduan yang diutarakan juga penting dalam suasana politik negara. Perpaduan diperlukan dalam politik kerana politik boleh membela nasib rakyat negara ini.

Topik 1: Cara-cara penyelesaian isu perkauman melalui individu

1.1 Amalan bersikap Kekitaan antara masyarakat .

Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah menunjukkan keikhlasan dalam menjalin hubungan dengan jiran dan anggota masyarakat yang berbeza warna kulit, kebudayaan dan agama. Dengan mengamalkan sikap kekitaan sesama masyarakat, kita dapat mewujudkan satu suasana hidup yang baik dan memberi manfaat kepada masyarat di samping dapat memelihara soal keselamatan hidup setempat dan keamanan sesama kita.  Amalan sikap kekitaan ini akan menjadi contoh yang baik kepada generasi muda dan mereka juga akan terdorong untuk mengamalkannya. Hal ini tentunya akan dapat menjalin semangat perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat di negara ini. Lama kelamaan benteng prasangka dan prejudis yang bersarang di dada kita tentunya dapat dirobohkan dan keamanan antara masyarakat akan menjadi lebih baik.

1.2 Menanam sifat Setia dan cinta akan Negara dalam diri kita.

Kita hendaklah berbangga menjadi rakyat Malaysia yang hidup berlain warna kulit, bahasa dan kepercayaan.  Kita sebagai rakyat Malaysia perlulah mempertahankan nama baik negara dan berusaha untuk mengharumkan nama negara. Dengan ini, kita akan sentiasa berusaha mengekalkan hubungan kita dengan masyarakat walaupun berlainan kaum, kebudayaan dan kepercayaan. Bak kata peribahasa melayu, ‘di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung’ perlu diamalkan dan dijiwai sepenuhnya untuk kebaikan bersama.

Sifat setia dan sayang akan negara purlu dipupuk agar kita berasa lebih menghormati dan menghargai antara satu sama lain kerana negara kita membangun disebabkan oleh gabungan rakyat yang berbilang kaum. Selain itu, kita juga mesti sayang dan hormat kepada lambang-lambang negara kita seperti Jalur Gemilang, Lagu Negaraku, Parlimen, Rukun Negara dan institusi lain yang berkaitan. Elakkkan sikap yang negatif seperti menghina, menjejaskan dan menimbulkan provokatif terhadap lambang-lambang negara kita kerana ini akan memperlihatkan sejauh mana sikap patriotisme kita sebagai warganegara Malaysia.

Topik 2: Cara-cara penyelesaian isu perkauman melalui masyarakat

2.1 Saranan dan pengaruh daripada ibubapa


Peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Orang pertama yang paling awal mendekati anak-anak adalah ibu bapa. Oleh itu fikiran dan kelakuan kanak-kanak akan dipengaruhi oleh ibu bapa mereka. Contohnya anak-anak mereka akan didedahkan tentang isu-isu kaum sejak kecil lagi. Disebabkan kebanyakkan ibubapa di Malaysia masih mempunyai tanggapan yang salah terhadap isu-isu kaum seperti peristiwa 13 Mei yang berlaku pada tahun 1969 iaitu rusuhan yang berlaku dan kemucak masalah perpaduan di Malaysia, maka mereka akan memberi fakta yang terpesong yang akan mempengaruhi anak-anak terhadap bangsa-bangsa yang lain di Malaysia. Hal ini menyebabkan perpaduan dan persepakatan antara kaum dan bangsa sukar dicapai. Oleh itu, golongan ibu bapa perlulah mengajar anak-anak mereka hormat-menghormati dan tidak menyinggung perasaan orang lain tidak mengira bangsa atau agama.

2.2 Menjadikan guru sebagai agen penyemai perpaduan kaum

Guru merupakan agen kerajaan untuk menyampaikan dan melaksanakan dasar pendidikan kepada murid dan masyarakat.  Aspek guru juga menjadi cabaran untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum. Guru perlu dipersiapkan dengan ilmu pengetahuan yang cukup dan lengkap untuk menghadapi pelbagai situasi di sekolah dan masyarakat sekitarnya.  Malah, guru perlu memahami misi, objektif dan matlamat akhir sesuatu dasar pendidikan supaya hasrat perlaksanaan sesuatu dasar itu terlaksana.

Jika seseorang guru itu cetek ilmu dan malas untuk mengambil tahu isu semasa, ia akan menimbulkan masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya membawa murid-murid ke arah matlamat yang salah menyebabkan salah satu matlamat iaitu mencapai perpaduan dan integrasi antara kaum tidak dapat dicapai.

Jelaslah bahawa, pihak kerajaan perlu memberi latihan dan kefahaman kepada setiap guru apabila melaksanakan sesuatu dasar yang baru supaya segala perancangan mengikut landasan yang betul dan generasi yang akan datang lahir sebagai individu yang mempunyai sifat cinta dan membudayakan perpaduan dalam kehidupan bermasyarakat. Guru juga perlu mengajar murid-murid tentang kebudayaan dan kesenian pelbagai bangsa di Malaysia melalui subjek Pendidikan Seni Visual (PSV). Pendidikan kesenian ini akan membuka dan mematangkan minda murid-murid. Mereka boleh menerima dan akan menghormati budaya orang lain. Minat yang disemai dari peringkat awal lagi akan melahirkan insan-insan seni dalam pelbagai bidang seperti seni lakonan, seni tarian, nyanyian, seni lukis  dan sebagainya.

Insan-insan seni yang memahami kebudayaan dan sensitiviti bangsa lain akan melahirkan karya-karya yang bercorak perpaduan. Melalui karya-karya sebegini, ia akan membantu membuka minda individu lain ke arah kecemerlangan perpaduan. Sebagai contohnya seorang pengarah filem menghasilkan filem yang bercorak patriotik akan memberi kesan yang positif dan prasangka baik di kalangan penonton.

2.3 Menyemai sikap perpaduan antara kaum.
                         

Antara kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan masyarakat yang harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah tidak asing lagi dengan wujudnya masyarakat berbilang kaum di negara kita seperti Cina, Melayu, India, Kadazan dan sebagainya. Peribahasa “ rambut sama hitam, hati lain-lain” jelas menunjukkan walaupun manusia mempunyai warna rambut yang sama tetapi sukma dan keinginan manusia adalah berbeza. Dengan mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat, barulah masyarakat harmoni yang mempunyai aspirasi yang sama dapat tercapai. Oleh hal yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita hendaklah mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia,seperti kata peribahasa, “ bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”.

Topik 3: Cara-cara penyelesaian isu perkauman melalui Negara

3.1 Memperbaiki dasar pendidikan negara untuk membangunkan ekonomi kaum.

Dasar Pendidikan negara perlulah dirancang dan dilaksanakan dengan matlamat untuk melahirkan individu yang berilmu dan berkemahiran yang akhirnya mampu untuk bersaing dalam pelbagai bidang pada masa akan datang terutamanya bidang ekonomi.  Dalam sudut ekonomi ini, jurang ekonomi yang jauh berbeza antara kaum di negara ini menyulitkan kerajaan mencapai agenda perpaduan.  Melalui pendidikan, pengenalan identiti kaum mengikut jenis pekerjaan juga dapat dihilangkan. Untuk menilai sama ada berjaya atau tidak  matlamat dan hasrat kerajaan, ianya boleh dilihat dari sudut kejayaan mengurangkan jurang ekonomi di antara kaum dan kejayaan menghapuskan pengenalan identiti kaum melalui bidang ekonomi.

Kita juga memahami bahawa jurang ekonomi yang besar akan menyukarkan agenda perpaduan dan integrasi kaum. Di negara ini, kaum Cina mendominasi bidang ekonomi. Keadaan ini menimbulkan rasa iri hati kaum lain terhadap kaum Cina. Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan melalui dasar pendidikan hendaklah melahirkan ramai golongan terpelajar dalam bidang ekonomi. Justeru itu, ia akan membawa kepada kemunculan individu-individu daripada pelbagai kaum untuk menyaingi kaum cina dalam bidang ekonomi khususnya bidang perniagaan.

Pada masa yang sama, kerajaan perlu memikirkan satu cara untuk meletakkan murid-murid daripada pelbagai kaum disatu sekolah yang sama supaya matlamat dasar pendidikan iaitu untuk menyatu dan mengintegrasikan kaum dapat dicapai. Penempatan murid daripada pelbagai kaum dalam satu sekolah atau kawasan mungkin dapat dilaksanakan sekiranya selepas kemerdekaan, kerajaan dapat mengubah keadaan ekonomi iaitu mewujudkan pelbagai pekerjaan yang menghapuskan pengenalan kerja mengikut kaum.

Oleh yang demikian dapatlah dikatakan bahawa, dasar pendidikan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan boleh membantu melahirkan golongan yang terpelajar dan berilmu daripada pelbagai kaum. Golongan terpelajar ini pastinya berupaya merubah corak kehidupan dan ekonomi di negara ini. Tiada lagi monopoli ekonomi oleh suatu kaum sahaja, bahkan ekonomi Malaysia terbuka luas untuk diterokai oleh semua kaum. Melalui corak ekonomi yang lebih terbuka ini, jurang ekonomi di antara kaum dapat dikurangkan.

3.2 Menjadikan aktiviti sukan sebagai agen pengerat hubungan antara etnik

Negara kita telah mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan. Contohnya sukan skuasy,  badminton, bola sepak dan sebagainya. Pelbagai lapisan masyarakat dan kaum telah menunjukkan semangat patriotik dengan bersatu memberikan sokongan kepada ahli-ahli sukan negara dan juga peserta-peserta yang terlibat. Kemenangan sama-sama diraikan dan kekalahan turut sama dirasai. Ini menunjukkan kejayaan aktiviti sukan dan permainan dalam institusi pendidikan dalam menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang. 

Usaha kerajaan mencapai perpaduan melalui ko-kurikulum di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan pengajian tinggi menampakkan hasil yang positif. Melalui aktiviti ko-kurikulum seperti aktiviti kebudayaan, keseniaan dan sukan, ianya menampakkan semangat perpaduan yang positif diantara pelajar-pelajar pelbagai kaum. Aktiviti sebegini boleh merapatkan hubungan dan membangkitkan semangat tolong-menolong, semangat setiakawan dan saling percaya-mempercayai di antara pelajar-pelajar pelbagai kaum yang terlibat. Penglibatan pelajar secara aktif dalam bidang ko-kurikulum akan melahirkan individu pelajar yang berfikiran terbuka dan matang dalam perhubungan dan bersosial.

Melalui ko-kurikulum, bakat murid dapat diasah dan diperkembangkan lagi ke peringkat yang lebih tinggi.  Malah, minat murid dalam bidang sukan dan kesenian dapat ditanam dan diperkembangkan.  Kejayaan seperti ini pastinya menjadikan kerajaan lebih ghairah dalam memperkenalkan dasar baru agar semua murid terlibat dalam aktiviti sebegini. Penubuhan sekolah sukan dan sekolah seni merupakan antara titik tolak usaha kerajaan dalam memperkasakan perpaduan kaum di Malaysia. Dasar 1 Murid 1 Sukan juga telah dilaksanakan bermula tahun 2011 untuk memastikan perpaduan kaum dapat dicapai.

3.3 Media massa memberi pendedahan kebudayaan dalam pelbagai etnik

Media massa bukan hanya membekalkan hiburan, fakta dan data tertentu. Ia juga memberikan maklumat tentang matlamat, maksud dan kesignifikanan sesuatu peristiwa.  Media massa ini pula perlu peka dalam menyampaikan sesuatu dasar, lebih-lebih lagi jika isu tersebut menyentuh isu-isu sensitif supaya tidak menimbulkan konflik dikalangan masyarakat. Melalui matlamat yang tepat, masyarakat akan dapat memahami kehendak dan matlamat kerajaan dalam melaksanakan sesuatu dasar.

3.4 Menjadikan rukun negara sebagai panduan

Pematuhan terhadap peraturan, undang-undang dan rukun negara, menunjukkan kita bersedia bersikap adil terhadap kaum lain dan menghormati amalan dan kepercayaan mereka serta hak mereka untuk hidup di negara ini.  Kita hendaklah menunjukkan bahawa kita mahukan yang terbaik untuk kaum lain sebagaimana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Hal ini akan mendorong kita untuk lebih  bersikap bertolak ansur dan cuba memahami hak kaum lain. Kita tidak akan memperjuangkan hak untuk kaum kita semata-mata dengan menindas atau membelakangkan hak yang sepatutnya turut diterima oleh kaum lain. Kita juga akan sentiasa bersedia untuk berkongsi dalam sesuatu perkara yang dibenarkan oleh budaya kita tanpa mengorbankan prinsip undang-undang dan keadilan selaras dengan prinsip rukun negara.

Monday, 18 September 2017

Kesimpulan


Kesimpulan bagi topik yang di bincangkan 'Isu-isu negatif perkauman di Malaysia' , kita dapat lihat di Malaysia pelbagai masalah timbul di kalangan masyarakat kerana tidak ada persepakatan yang baik di kalangan kaum. Di Malaysia terdapat pelbagai etnik, antaranya Melayu, Cina dan India. Masyarakat di Malaysia kurang memupuk semangat suasana hormani di antara kaum. Apabila tiada kerjasama dari semua pihak, matlamat tidak akan dicapai menerusi masyarakat di negara ini. Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan etnik. Persoalan hubungan etnik, perpaduan dan integrasi amat penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya pembangunan negara berjalan rancak tanpa sebarang gangguan. Perpaduan dan Integrasi penting supaya tenaga negara dapat disalurkan kepada memajukan negara daripada digunakan untuk menyelelsaikan masalah yang wujud daripada kepelbagaian etnik. Keamanan negara ini sangat penting dalam usaha negara ini menginjak menjadi sebuah negara maju menjelang tahnun 2020. Antara faktor utama kejayaan ini boleh dicapai ialah melalui situasai keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin atau tidak boleh dikompromi oleh sebarang faktor lain. Kita mestilah mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya dapat dicapai jika semua rakyat bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota masyarakat apabila bersua muka. Saya berharap masyarakat dapat membendung gejala negatif antara kaum ini supaya negara lebih aman pada masa akan datang dan akan terus maju dengan jayanya.

Rujukan


http://penyiaranislam6022.blogspot.my/ 
 (30/09/2017 : 4:00pm)

 (30/09/2017 : 4:05pm)
 (30/09/2017 : 4:10pm)
(30/09/2017 : 4:15pm)
 (30/09/2017 : 4:20pm)
(30/09/2017 : 4:30pm)
(30/09/2017 : 4:35pm)
 (30/09/2017 : 4:40pm)

Lampiran


Kaum sehati sejiwa
Negara yang berbilang kaum


Kemakmuran Etnik

Semangat 1 Malaysia

Peristiwa 13 Mei