Sunday, 1 October 2017

Topik 1: Cara-cara penyelesaian isu perkauman melalui individu

1.1 Amalan bersikap Kekitaan antara masyarakat .

Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah menunjukkan keikhlasan dalam menjalin hubungan dengan jiran dan anggota masyarakat yang berbeza warna kulit, kebudayaan dan agama. Dengan mengamalkan sikap kekitaan sesama masyarakat, kita dapat mewujudkan satu suasana hidup yang baik dan memberi manfaat kepada masyarat di samping dapat memelihara soal keselamatan hidup setempat dan keamanan sesama kita.  Amalan sikap kekitaan ini akan menjadi contoh yang baik kepada generasi muda dan mereka juga akan terdorong untuk mengamalkannya. Hal ini tentunya akan dapat menjalin semangat perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat di negara ini. Lama kelamaan benteng prasangka dan prejudis yang bersarang di dada kita tentunya dapat dirobohkan dan keamanan antara masyarakat akan menjadi lebih baik.

1.2 Menanam sifat Setia dan cinta akan Negara dalam diri kita.

Kita hendaklah berbangga menjadi rakyat Malaysia yang hidup berlain warna kulit, bahasa dan kepercayaan.  Kita sebagai rakyat Malaysia perlulah mempertahankan nama baik negara dan berusaha untuk mengharumkan nama negara. Dengan ini, kita akan sentiasa berusaha mengekalkan hubungan kita dengan masyarakat walaupun berlainan kaum, kebudayaan dan kepercayaan. Bak kata peribahasa melayu, ‘di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung’ perlu diamalkan dan dijiwai sepenuhnya untuk kebaikan bersama.

Sifat setia dan sayang akan negara purlu dipupuk agar kita berasa lebih menghormati dan menghargai antara satu sama lain kerana negara kita membangun disebabkan oleh gabungan rakyat yang berbilang kaum. Selain itu, kita juga mesti sayang dan hormat kepada lambang-lambang negara kita seperti Jalur Gemilang, Lagu Negaraku, Parlimen, Rukun Negara dan institusi lain yang berkaitan. Elakkkan sikap yang negatif seperti menghina, menjejaskan dan menimbulkan provokatif terhadap lambang-lambang negara kita kerana ini akan memperlihatkan sejauh mana sikap patriotisme kita sebagai warganegara Malaysia.

No comments:

Post a Comment